Salam sejahtera Dr Fariza,
Pada pendapat saya, teknologi dalam pendidikan adalah penggunaan bahan dan media elektronik terutamanya laptop, computer, printer projector dan lain-lain. Setiap guru yang menggunakan bahan ict guru yang berinovasi dan kreatif. Tetapi dalam perbincangan hari ini, saya lebih faham tentang apa itu teknologi pendidikan, Teknologi pendidikan atau teknologi pengajaran merupakan satu proses yang kompleks dan bersepadu yang melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan dan organisasi untuk menganalisis masalah-masalah serta bentuk, menilai dan mengurus penyelesaian kepada masalah-masalah dalam keadaan di mana proses pembelajaran itu adalah bermatlamat terkawal. Teknologi pengajaran juga boleh bermaksud sebagai alat atau bahan yang digunakan untuk tujuan pembelajaran di samping guru, buku teks dan papan hitam. Secara mudahnya, teknologi pendidikan merujuk kepada proses pengajaran atau alatan yang dapat membantu guru ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Selain itu, terdapat 5 domain dalam tek pendidkan iaitu
Selepas itu, saya lebih faham tentang aspek abad Pak 21 terutamanya 4C iaitu
Sejauh manakah objektif dan aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan dapat memperkembangkan keupayaan celik akal pelajar. Saya juga dapat menambah baik dan meningkatkan kualiti dalam pdpc di sekolah . Saya juga harus menilai keberkesanan PdPc setelah dijalankan dan refleksi daripada murid juga penting kepada saya. . Kemudian, saya sangat bersemangat untuk belajar tentang AR dan menghasilkan bahan dengan menggunakan AR, walaupun saya sukar mengikuti langkah yang diajar tetapi saya tak malu bertanya kepada rakan saya. Saya sentiasa memperbaiki dan menerima kemahiran yang baru demi masa depan kerjaya saya. Hari ini, saya dapat mengetahui dan mengaplikasikan tentang padlet, biteable, weebly, blippar dan flipgrid. Ia akan membantu saya untuk meningkatkan kualiti dalam pdpc saya. Saya juga ingin berani mencuba try and error sehingga menyelesaikan tugasan diberi oleh dr.. Namun demikian, saya tidak putus rasa ingin mencuba sesuatu yang baru lain daripada yang lain untuk meningkatkan tahap pencapaian saya mengikut peredaran masa dalam teknologi yang begitu pantas. Dr pula inspire saya untuk bergerak ke hadapan dengan penggunaan bahan teknologi sedia ada yang dapat mengubahsuaikan tahap pemikiran murid. Oleh itu, kekangan masa pada hari ini menyebabkan tidak berpeluang mengetahui secara mendalam cara penggunaan bahan teknologi terkini . Terima kasih dr atas bimbingan dan penyampaiannya sangat menarik dan mudah memahami kehendak kursus ini.
1 Comment
|
AuthorYOGESWARY
Categories |